Gerangan siapakah yang berjaya mencuri hatiku ? Namanya si pencuri hati ku itu ialah Sylvia Shelviana Biya ( seperti yang tertera di account facebooknya ) umurnya sama seperti aku orang kelahiran tahun 1994 , Berasal dari Kimanis , Papar . Currently Live at Menggatal ... Sekolah di SMK Kelombong ... Berketurunan Kadazan ... Beragama Kristian RC ( berbeza agama lah kami ni nampaknya ) Orangnya berperwatakan nakal , mudah sedih dan manja ... Tarikh kami " in relationship " ialah 15 November 2011 ( Sehari Selepas SPM tu ! haha ! )
Macam mana kami berdua berkenalan / bertemu ? hahaha .. ni yang teruja nak cerita ni tau haha !
macam ni ... " cinta pandang pertama " aku ni bermula apabila aku megikuti ceramah " Program Smart Jawab SPM 2011 " Anjuran daripada Barisan Pemuda UMNO Bahagian Putatan , Sabah . pada tarikh 15 October 2011 ... hehe .. Ceramah tu khusus untuk calon - calon SPM 2011 bagi menghadapi Peperiksaan SPM yang tak lama lagi sampai pada waktu tu .. Ceramah tu dihadiri oleh semua sekolah menengah yang dijemput oleh pihak penganjur ... pendekkan cerita aku nampak " dia " apabila kawan aku ni yang kuat mengurat perempuan ni mula bergerak .. mula - mula aku tak perasan pun .. akhir apabila ku intip - intip .. " wau cantiknya perempuan tu " aku berkata dalam hati .. ingin saja aku pergi ke tempatnya untuk berkenalan dengannya .. tapi kamu taulah ... saya ni pemalu juga orangnya .. maklumlah kita ni bukannya hensem sangat .. hahaa .. tiba waktu rehat tu .. saya tengok - tengok sajalah dia dari jauh hahaha ... si pemalu kannn ...
Akhirnya tibalah masa untuk kami semua bersurai .. masa tu dah tak terfikir lagi pasal dia ... ingatkan dah takda harapan la ni konon .. hehe .. last - last waktu naik bas terpandang lagi lah pulakkk .. haha .. terjatuh la aku kiranya ni .. terjatuh cinta ... hahaha .. kerana tekad ... akhirnya aku mengambil keputusan untuk meminta nombor telefonnya daripada kawan - kawan yang mempunyainya .. dapat jer ,, malam terus Sms .. hehee .. setelah berbulan kami berhubungan akhirnya dia sudi menerima aku .. hahaha <3