September 30, 2011

Telatah kue ... hahaha ..


    Assalamualaikum , ni nak meluahkan isi hati kat korang ... hari - hari feeling , apelah dah mat jiwang nak buat macam mane dah ? berkaitan dengan entry aku yang lalu ... dah pecah tembelangku kan ? ape boleh buat dowh . Macam ni .. kat sekolah kami masih berkawan jugalah macam biasa ... tapi taklah seperti sebelum ni ... bukan apa ... memang betullah apabila orang tu dah tahu kita sendiri secara automatik pandai malu - malu kucing dah walaupun nak bercakap sikit ... pendek kata ...walaupun jawapannya kepada ku adalah boleh diandaikan seperti ditolak kerana dia katakan " tak payahlah kau tunggu aku " dah macam ke reject lah tu .. hahaha ... sedih tu ada tapi aku cuba sembunyikan ... aku lelaki kena tabahkan diri ... walaupun kalau disuruh nangis ni aduiii ... hahaha ... tapi aku masih suka juga kat dia ... kenapalah kalau aku suka dia ? bukan aku kacau dia pun sampai dia tak boleh tidur malam - malam ... dalam fikiran ku biarlah aku bertepuk sebelah tangan ... asalkan dia bahagia dah cukup ... ada juga yang nasihat kat aku janganlah berharap sangat tapi entahlah ... otak kata jangan tapi hati pula kata ya ...  susah pula aku ni mahu jatuh cinta balik - balik tau ... hahaha ... kita berserah sajalah pada tuhan ... andaikata dia bukan pasangan yang diutuskan untukku ... pasti ada yang mampu meragut hatiku ... aku hanya mampu tawakkal ja ... okay cukup untuk tu ..

   macam ni kalau kat sekolah aku duduk kat bahagian belakang dia dah ... tapi taklah ngam - ngam kat belakang dia ... aku kat tepilah ... ambik kesempatan sikit memandangkan dah berpindah randah tempat ku kat sekolah ni ... kadang kala kalau kawan - kawan ku kacau atau perli dia ( selalu dia kena perli " tagap " hahaa ) ... geram juga aku .. ku tahan saja pasal kalau aku nak larang pun ... siapa pula aku ni kat dia kan ? setakat kawan sahaja pun bagi mereka  hahaha ( hahaha ... dah sambil menangis dah ku mengarang ni apasal ....? ) apalagi kalau dia dah bermanja dengan kawan - kawan ... aduiii .. hahaha .. membara jiwa tau ( kategori jeleslah ni ) .. tapi aku akan paksa diri aku ketawa ataupun senyum sebab ... siapalah aku ni .. paksalah cover linelah sikit .. hahaha ... tapi andaikata dia minta pertolongan aku ... aku akan cuba tolonglah ... hahaha ...susah juga kisah percintaan yang gagal ni .... kalau aku tidur ni .. better tak payah bangun lagilah .. serabut kepala dowh ...

0 comments:

Post a Comment