July 2, 2011

Konvensyen PUM ( Part 1 )


Assalamualaikum ...

ni nak ceritalah pengalamanku mengikuti

Konvensyen Program Usahawan Muda ( PUM ) Peringkat Negeri Sabah Ke 13

Tarikh   : 2 - 4 July 2011
Tempat : Likas Kontel & Sabah Trade Centre
Jam       : Malaslah nak bagitahu  ... hohoho ~

Baiklah ... sebagai permulaan cerita ... kat sana kami dapat bilik 501 ... aku gelar bilik Levi's lah ... nombor pun dah nombor levi's hahaha ... bilik tu kira paling hujung jugalah .. sampai jer aku masuk .. semua bilik dah penuh ... patutnya bilik tu boleh kongsi .. tapi kerana kalau dilihat dari reaksi penghuni yang awal kat dalam bilik tu yang tak sudi berkongsi .. kami redha jak tidur kat ruang tamu .. hahaha . jadi dalam bilik tu secara keseluruhannya ada 12 org penghuni ... 2 dari SMK Putatan ( kami ) , Penampang , 2 Dari SMK Lohan , Ranau , 2 Dari SMK Agama Sandakan , 3 Dari SMK Sepagaya Lahad Datu dan 3 dari SMK Wallacebay , Tawau .

Banyak jugalah peristiwa berlaku ... hahaa .. kejap yaa aku cerita ...

Hari Pertama

Hahahaha ... kami sampai sana .. terus isi nama kat reception lah .. dapat lah bilik Levi's 501 ... aku tunggulah kawanku Daniel tuk sampai pastu kami naiklah pergi bilik bersama - sama dan tatkala kami hendak naik lif satu perkara yang aku boleh kategori kan sebagai " Lucu " terjadi ... hahaha .. kawanku bernama Daniel ni nak naik lif ... tiba2 lif tu tertutup dengan laju .. sikit lagi hidung dia tersepit .. hahaha .. kalau tersepit tu .. kompom nikmat .. hohoho ~ masuk kat bilik ... dah takda bilik yang kosong so .. kami tidur jaklah kat ruang tamu .. ok jugalah ada juga kusyen tuk mengampai waktu malam ... lepas tu aku kami bersiap lah untuk meeting kat tingkat 3 yang dinamakan sebagai " Gaia Room " kat sana sampai jak aku kira makan nasi ... rupa2nya .. deiiii ... kuih muffin jak ? dengan simple nya aku ambil air panas tu .. tuk minum .. and then muffin tu .. aku ambil 4 ketul ... peduli ku apa .. aku lapar ? hahaha ... tak lama kemudian .. cikgu mazlan pown datang .. dia tunggu kat lobby .. so kami turunlah untuk jumpa beliau ... cerita punya cerita ... cikgu belanja makan ... main bersyukur aku .. pasal aku belum makan nasi .... hahahaha ! lepas makan aku balik semula ke bilik Levi's untuk mandi ... bersiap untuk aktiviti seterusnya waktu malam .... hahaha ...

waktu malam ni dimulakan dengan aktiviti .. makan .. hahaha .. aku masih kenyang time tu so aku x lah makan .. hahaha ....





dan bermula lah taklimat pertandingan ... hehehee .....





disini diterangkan lah bahawa .. pada tahun ini tidak akan ada peringkat kebangsaan memandangkan kesuntukan masa dan kekurangan budjet ... sempat juga kami ditegur tentang tatacara dan cara pemakaian yang sepatutnya sepanjang aktiviti ini berlangsung ... dan seterusnya .. bermulalah ... cabutan untuk menetukan giriran untuk kami bertanding mempersembahkan data atau pun laporan syarikat kami sepanjang tahun 2010 ... hahaha ...




hasil cabutan tersebut .... hasilnya ... kami tersenarai dalam sesi kedua .. ( ada 3 sesi semuanya .. hahaha ) untuk sesi kedua ... syarikat yg pertama ... ialah kami dari SMK Putatan hohoho ~ mateelah ... hahaha ...
ok ... rasanya cukuplah untuk part yang pertama ... tunggulah update dari saya yang seterusnya ...

0 comments:

Post a Comment